Hanya Tuhan yang tahu takdir hidup kita.
Ada perkara yang kita usahakan,
yang kita fikir baik untuk kita,
Cumalah sebuah bayangan dari perkara yang sebenar.
Kadang, kita usaha sebab kita berharap.
Tapi kita taktau pun kalau itu adalah jalan yang sepatutnya.
Aku pernah putus asa sekali je dalam hidup aku,
Dan walaupun aku dah berdamai dengan jalan hidup aku,
Masih ada sisa kesal itu walaupun dah berganti tahun dan aku tahu Tuhan dah berikan yang lebih baik dari yang aku bayangkan.
Aku bersyukur.
Cuma tu la…
Aku sedang belajar berdamai dengan situasi semasa.
Mungkin aku perlu putus asa juga buat kali ini.
Orang cakap, apa saja, carilah Tuhan.
Luahlah pada Dia.
Aku dah meluah sampai kering air mata.
Sampai takde kata dalam hati dan otak ni.
Hanya sepi.
In life - we will win some, lose some.
Takkan ada yang sempurna.
Satu bahagian dalam hidup aku yang mungkin takkan terubat dah tak kisah la sejauh mana aku usahakan.
Sedih? Masih.
Kecewa? Mungkin.
Kalau orang Indonesia, dia orang cakap berat di pundak yang sudah tidak tertanggung ke depannya.
Takpelah, Tuhan akan tunjuk jalan juga.